Senarai Harga Cetak

Setelah dibincangkan bersama beberapa pelanggan setia kitorang, Shenget Studio bersetuju untuk menggunakan kaedah di bawah sebagai penanda aras untuk segala khidmat percetakan menggunakan teknik silkscreen.

Kitorang juga tidak mengenakan sebarang GST kepada pelanggan kerana sesungguhnya kitorang tak layak untuk kenakan cukai GST kepada pelanggan. Harga ini jugalah harga yang kitorang guna daripada awal pembabitan dalam industri percetakan pakaian.

Kitorang meminta juga kepada para pelanggan, jangan mengutuk dan membezakan harga antara pencetak lain dan Shenget Studio sekiranya korang dapat harga lagi murah atau mahal dari kami. Ini kerana penetapan harga kami bergantung pada kos-kos overhead yang terlibat.

Kami masih kecil dan kos-kos operasi terlibat tidak seperti syarikat lain.
Shenget Studio tak lawan harga sebab kitorang lawan servis. Kami pilih lain padang sebab kami ‘belalang’ yang pelik.

Senarai Harga Cetak Shenget Studio
Senarai Harga Cetak Shenget Studio

Perhatian:

  1. Harga di atas adalah untuk rujukan dan akan dipinda mengikut keperluan. Segala update boleh rujuk mana-mana akaun media sosial kitorang yeee.
  2. Sekiranya mahu negosiasi atau tawar menawar, boleh terus hubungi kami ye.
  3. Harga dipamerkan tidak termasuk baju. Sekiranya baju dibawa oleh pelanggan, Shenget Studio hanya akan caj cetak sahaja. Kadang-kala kami juga malas nak ambil stok baju, pelanggan juga boleh supply baju.
  4. Sekiranya mahu supply baju sendiri, maklumkan pada kitorang. Manalah tahu tiba-tiba job urgent, harga atas ni dah tak valid tau.