Tentang Kami

Tentang Kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nama syarikat kami, Shenget Studio yang mana dulu dikenali sebagai Shenget Store (SA0307986-K). Jangan salah sebut. Nama memang saja nak bagi lidah terbelit sikit sebab kami ni sebuah organisasi yang mereng. Tak berapa gemar formaliti dan lebih kepada santai. Berpengkalan di Bandar Puncak Alam tetapi kami tiada showroom. Hanya berlandaskan medium internet sebagai tapak operasi, kami dapat potong banyak kos overhead, secara amnya servis dan produk kami jadi murah.

Staff buat masa ini cuma ada dua orang. Cik Nur Atiqah Binti Ahmad Zaki yang merangkap staff bahagian jualan dan pentadbiran dan En. Abdul Ghafar Bin Nawi merangkap staff pereka grafik dan operasi. Mereka berdua juga merangkap pengasas kepada Shenget Studio.

Mula wujud secara tidak rasmi pada Mac 2014 dan didaftarkan secara sah pada September 2014, kami berpengalaman banyak dalam lapangan percetakan baju. Untuk maklumat lanjut, boleh terus hubungi kami.

Tentang Kami